Jom Reunion

Thursday, January 15, 2015

Ucapan Pembukaan




Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, dengan limpah kurniaNya maka kini bermula perancangan untuk mengadakan Majlis reunion Ex-SMC bagi sessi 1994-1998. Tujuan utama adalah untuk menyatukan kembali silaturrahim bagi warga ex-SMC yang telah menamatkan alam persekolahan sejak 16 tahun lamanya. Kini kata sepakat dari para AJK serta persetujuan dari semua pihak dan jika diizinkan Allah, Insya'allah majlis reunion yang sangat2 diharapkan ini akan dilangsungkan seperti berikut :
Tempat: Hotel Heritage Ipoh
Tarikh : 15/3/2015
Hari     : Ahad
Masa   : 3ptg - 6ptg
Saya sangat-sangat
berharap agar semua kawan- kawan dapat memberikan sokongan dengan kehadiran yang menggalakkan.
Sekian, terima kasih.
Jamel
Pengerusi Organisasi Majlis














Assalamualaikum,
Bersyukur ke hadrat Illahi kerana diberi peluang utk kita bersama menjayakan REUNION EX-SMC 1994-1998 agar menjadi kenyataan. Segala kenangan pahit manis telah kita lalui sepanjang di alam persekolahan. Walaupun 16 tahun telah berlalu, namun kenangan tersebut masih terpahat di ingatan. Inilah masanya utk kita mengeratkan kembali ikatan silaturrahim yg terputus sejak sekian lama. Saya dan para AJK disini amat mengharapkn sokongan serta penglibatan anda semua utk kita menjayakannya.
Sekian terima kasih. Wassalam.
Azri (Pak Yeop)
AJK Logistik, Aktiviti
dan Pengacara
















Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Saya selaku salah seorang ajk reunion ex-smc berharap semoga apa yang kita rancang akan berjalan lancar dan mendapat sokongan padu sahabat sekalian. Wang ringgit boleh dicari tetapi nilai sahabat sukar dicari ganti. Semoga pertemuan kita nanti akan  menjadi kenangan terindah dan titik permulaan untuk kita terus mengeratkan lagi tali silaturrahim pada masa akan
datang. Sekian, terima kasih
Rozana Zabri (Nana)
AJK Lokasi, Jemputan dan Penasihat











          
     

             
Assalamualaikum,
Terlebih dahulu saya nak mengucapkan ribuan terima kasih kp Nana krn sudi menghubungi walau sekian lama tidak berjumpa dan memberikan kepercayaan terhadap saya untuk menjadi sebahagian daripada Ajk ini. Saya harapkan semoga majlis reunion ini dapat mengeratkan ikatan ukhwah kita semua walau ada di antara kita masih belum mengenali. Dengan adanya majlis ini bukan saja dapat bertemu kawan lama bahkan dapat mengenal kawan yang baru :). Insya'allah dipanjangkan umur, semoga kita semua bertemu di bawah bumbung yang sama, di hari yang sama dan di waktu yang sama. Masa yang lalu takkan kembali lagi, tapi ambillah masa akan datang jika ruang dan peluang itu datang. Kerana boleh jadi datangnya tiba2 perginya juga tiba2. Maka diharapkan kawan2 sudi luangkan masa untuk datang memeriahkan majlis ini.
Terima kasih.
Azura
AJK Pendaftaran, Promosi
dan PR















Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Insyallah pada 15 Mac 2015, terciptalah sejarah kita yang lahir pada tahun 1981 akan dipertemukan kembali buat julung kalinya ke reunion Ex-SMC 1994-1998. Semoga bersama-samalah kita menjayakan majlis ini. Semoga ikatan persahabatan kita kekal terjalin buat selama-lamanya.
Zalina Alias (Ina)
AJK Lokasi, Bendahari
dan Juru Audit
















Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2
Semoga kite dpt berjumpa semula mengikat kembali ukhwah yg sebelum ni terbina...x sabar rasenyer nk bersua muka setelah 16 tahun terpisah dek urusan dunia...moga kite dpt meramaikan majlis KITA..see ya.....
Noranida (Noni)
AJK Cenderamata, Hadiah
dan Juru Audit
















Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah akhirnya kita akan bertemu jua di majlis reunion smc 1994-1998 pada bulan 3 nanti.. Diharap ikatan yg terjalin dulu, kini bertaut kembali dgn lebih matang dan mesra..
Zunaida Baker (Ida)
AJK Pendaftaran dan Aktiviti


14 comments:

  1. Ada blog dah rupenya...folo le blog aku yeee
    http://anieluv4u.blogspot.com



    ReplyDelete
  2. wahh...dasat anie..cpt je jejak..mane tau ni anie??? blom announce officially lg. oceo.

    ReplyDelete
  3. Aku Blogger maa....mmg cepat...huhu

    ReplyDelete
  4. Thumbs up 4 Anie d Legend....dtg jgn x dtg..ok

    ReplyDelete
  5. nana....
    ko guna google plus ke blog?
    azura...chatroom mcm problem je...takleh nk send chat

    ReplyDelete
  6. Ade chatroom baru kt atas tu. Sign up jap kat http://www.e-chat.co utk dpt username

    ReplyDelete
  7. anie, try scroll up shoutbox tu.

    ReplyDelete
  8. akhirnya semua telah berjalan dengan lancar....alhamdulillah.......

    ReplyDelete
  9. Satu langkah yg baik..
    lasallereunion.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. Satu langkah yg baik..
    lasallereunion.blogspot.com

    ReplyDelete